Ting tong....adakah anda mahu menjadi begini!!!! LUAHAN HATI gadis terseksa untuk satu majalah....
Salam.
Saya seorang gadis berusia dalam 20-an dan kini baru sahaja telah menamatkan pembelajaran di sebuah IPTA. Untuk makluman pihak puan saya seorang gadis yang penyabar,periang dan tidak mudah melatah dengan kata-kata yang dilemparkan kepada saya. Tapi apa yang menjadikan saya begitu sedih dan terasa hati adalah sehingga kini saya belum mendapat kepastian dari insan yang saya sayang tentang tindak tanduknya dan pengakuan tentang perangainya.Pada mula nya niat saya adalah hanya untuk berkawan dengannya tapi dalam masa yang sama perasaan rindu dan sayang mula timbul dalam diri saya apabila dia tidak jumpa ataupun sms saya. Pada satu hari  dia melamar saya untuk menjadi kekasihnya dan tanpa berfikir panjang saya telah menerima cinta nya.Hampir dua bulan saya bersamanya segalanya nampak indah dia terlalu baik dan peramah walau dengan siapa pun,pakej yang dia ada juga membuatkan ramai wanita diluar sana akan senang berkawan dengannya. Saya terlalu menyayangi dirinya dan tanpa segan silu saya pernah menyatakan bahawa saya menyayangi dirinya dihadapan rakan-rakan dan pernah jua dia suarakan kata-kata romantis dihadapan rakannya dan perkara yang dia sering ulang adalah "Saya sayangkan awak sebab itu saya tak mahu sentuh awak".Saya terlalu mempercayainya,namun segala kebahagiaan yang dikecapi  mula lenyap dan kucar kacir apabila saya mendapat tahu bahawa dia dah memiliki insan lain sebelum saya ini kerana rakan saya pernah nampak dan tahu dia meniduri seorang wanita di sebuah hotel di  luar pantai timur. Apabila mendapat tahu tentang ini saya mula menangis dan tidak boleh tidur,rakan saya ada bertanya kepadanya tetapi jawapan yang dia keluarkan adalah rakan lamanya,saya benar-benar rasa sakit hati,pada mulanya saya ingin bertanya kepadanya namun saya lupakan hasrat itu untuk menjaga perhubungan kami.Sewaktu keluar dengan salah seorang rakannya yang lain saya ada bertanya perihal hal ini namun apa yang dijawab oleh rakan nya adalah saya perkaburan kepada hati saya ini kerana saya tidak mempunyai bukti dan jangan dengan cakap orang lain tanpa bukti dan usul peiksa. Saya berasa sedih memikirkan hal ini,malah saya berasa tidak layak untuk bertanya,selepas 3 hari hal ini terbongkar dia ada menelefon dan bertanya khabar walhal dia tahu saya menangis dan sedih kerana perbuatannya tapi alasannya adalah fitnah dan rakan saya sahaja memporak perandakan hubungan kami tiada kata maaf darinya untuk saya. Sampai saat ini saya dan dia masih berkawan biasa dan jarang bertemu,saya kembali ke kampung halaman untuk tenangkan diri,saya pernah membenci dirinya namun semakin saya menbenci semakin saya merindui dirinya.Apa yang pasti saya masih menunggu dan menyayangi dirinya.Tapi sampai bila saya harus menanti semua ini dan apa yang patut saya lakukan?? kini saya masih merindui dan menyayangi dirinya.Tolonglah saya puan saya buntu sangat....

No comments:

Post a Comment