mY KuRsUS...

Ding Dong Ding Dong....
12.15 berangkat la diri ku ker kompleks Belia Sukan Besut,huhuhu di hati hanya Tuhan saja yang tahu betapa aku ni pemalas...hak2..p disebabkan my kursus aku dengan relanya pergi....
sesampainya aku disana aku daftarkan diri (wlaupowm terlambat dftar)..
Sesi pertama bermula g..g..g..g.....sesi perkenalan n aku diberikan tugas khas dan diberi masa
selama  2 jam 30 mnit tok siapkan my cerpen...mak oitt pning ku fikirkan idea yang bernas..
fikir pnyer fikir ini hasilnya...


AKU TAK BERSALAH 

Dalam dunia ini yang membezakan manusia dengan manusia  yang lain ialah masalah. 
Kerana masalah lah yang akan mematangkan seseorang insan dengan insan yang lain.
Bagi seorang gadis yang berusia 19 tahun masalah adalah perkara baru dalam hidupnya.
Tanpa mampu hidup berdikari beliau kini terpaksa menempuh hidup baru.

Zai,atau nama sebenarnya ialah zainira dulunya adalah seorang gadis yang peramah dan bersopan santun. Beliau seorang gadis yang sering dipuji dalam masyarakat kerana sikapnya yang berbudi pekerti dan  mulia. Namun semenjak kehilangan ibu yang tersayang beliau mulai berubah. Zai bukan lagi seperti gadis-gadis lain,sikapnya kini turut berubah menjadi seperti lelaki. Semenjak kehilangan ibu tersayang zai dijaga oleh bapanya. Sangkaan zai bapanya akan menjaganya dengan sepenuh perhatian dan kasih sayang namun segalanya berubah apabila zai  sering dipersalahkan atas kematian ibu tercinta.

Selepas kehilangan ibu tercinta bapanya telah berkahwin lain,beliau sering dimaki hamun. Akhirnya zai menerima tawaran belajar di salah sebuah institusi pengajian awam.tanpa berfikir panjang  zai terus menerima tawaran tersebut. Disana zai tidak lagi perlu mendengar maki hamun ibu tirinya.

Kini,bermulalah episod  baru dalam kehidupan zai. Disana segala kelengkapan tempat tinggal dan pembelajaran di tanggung sepenuhnya oleh kerajaan,zai tidak lagi perlu untuk meminta duit dari bapanya. Setengah semester telah berlalu,kehidupannya kini tidak seperti gadis-gadis lain.berada dibandar telah membuatkan zai semakin lupa daratan dan beliau sering bergaul dengan remaja-remaja liar.

Di kampus zai tidak disenangi oleh rakan-rakannya dan sering mendapat perhatian kerana sering ponteng kelas dan tidak menyiapkankan tugasan yang diminta.Akhirnya Zai telah bertemu seorang gadis  yang telah menarik perhatiannya bernama Liyana. Tanpa disangka Zai telah jatuh cint,tanpa berfikir tentang dosa Zai telah mencintai Liyana. Akhirnya Zai mulai rapat dengan Liyana,segalanya dilakukan demi Liyana. Setiap permintaan Liyana  akan Zai penuhi,Zai terlalu menyayangi Liyana.

Dua semester berlalu hubungan Zai dengan Liyana semakin hari semakin rapat,mereka sering ditegah oleh rakan-rakan apatah lagi  sering dipanggil oleh pengajar. Namun segalanya tidak pernah diendahkan oleh mereka. semester terakhir mereka terpaksa berpisah mengikut haluan masing-masing.....TO BE CONTINUE...


walaupowm aku x smpat siapkan cerpen nim p aku puas aty cz aku da fkirkan yg tbek tok crpen aku too (wlaupowm xdap)....Hakhakhak....penat n kelam kabut aku dibuatnya...

mY LOvIng cOuPLe!!